Outreach JPJ Perlis @ NADI Batas Lintang
10 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Jun 2026, Staf NADI berkerjasama dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis untuk mmembuka kaunter bergerak di NADI Batas Lintang. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak JPJ ialah pembaharuan lesen memandu, pemeriksaan motosikal tamat tempoh melebihi 3 tahun secara percuma, semakan dan bayaran saman, pendaftaran MYJPJ dan advokasi keselamatan jalan raya kepada komuniti Batas Lintang.
Selain pemmembukaan kaunter bergerak oleh pihak JPJ Perlis, staf NADI mengambil kesempatan dalam pembukaan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada komuniti dan sekaligus menjadi ahli NADI yang boleh digunakan di seluruh NADI Malaysia.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memudahkan komuniti luar bandar bagi yang tidak mempunyai kenderaan atas faktor tidak berkemampuan, menjimatkan masa komuniti kerana tidak perlu untuk ke bandar serta memberi kesedaran kepada komuniti dalam kepentingan kesihatan kerana mencegah lebih baik dari merawat.
Kesimpulannya, adanya program seperti ini ia mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: